SINOPSIS BMM 3105
Kursus ini menjelaskan penggunaan Internet, pemilihan bahan Internet, laman web, dan papak pembelajaran, perpautan dalam penyusunan bahan, perpautan antara bahan, pengeditan bahan pengajaran secara on line; penggunaan bahasa Melayu dalam bahan Internet, simulasi pengajaran bahasa Melayu secara sidang video, penggunaan alat pengarangan, animasi dalam persembahan bahan; dan penggunaan CD pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
HASIL PEMBELAJARAN
1. Menggunakan Internet, laman web, pembelajaran secara dalam
talian dan luar talian; model perpautan dalam penyusunan bahan, dan
perpautan antara bahan.
2. Memilih bahan Internet untuk pengajaran dan pembelajaran.
3. Membina tapak pembelajaran yang mudah.
4. Mengedit bahan pengajaran secara dalam talian.
5. Menggunakan bahan bahasa Melayu dalam Internet, alat
pengarangan, animasi dalam persembahan, dan cakera padat
pembelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu.
6. Mengadakan simulasi pengajaran Bahasa Melayu secara
sidang video.
PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENDIDIKAN
Dunia hari ini sering memperlihat kecanggihan dunia teknologi mikroelektrika. Kecanggihan tersebut sekaligus dapat membuktikan bahawa peranan komputer tidak mungkin diabaikan begitu sahaja. Membawa perspektif abad milenium ketiga ini, ramai antara kita yang merasa terperangah menghadapi perkembangan ICT (Information and Communication Technology) yang demikian pesat. Demikian juga dengan dunia perkomputeran yang kian mengalami anjakan dunianya yang tersendiri. Daripada komputer hitam putih yang kita miliki pada awal tahun 80 - 90-an, kini telah lahir generasi komputer yang lengkap dengan pakej multimedia yang begitu canggih sekali. Tanpa kita sedari, komputer membawa peranan yang begitu besar dalam kehidupan kita terutamanya dalam bidang pendidikan iaitu di sekolah.
Komputer adalah alat elektronik yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia berkemampuan menerima dan memproses data. Komputer juga membantu pengajar mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar terkini akan dapat menambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran. Di samping itu, jika komputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer dapat memperkayakan teknik pengajaran.
Kemampuan komputer berinteraksi dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan pembelajaran secara lebih mudah serta menarik. Bitter (1989) pula menyatakan komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24 jam tanpa berhenti dan maklumat yang dikeluarkannya dengan tepat. Penggunaan komputer ini ada hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikan dalam sistem pendidikan negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai pangkalan data, dapat memberikan maklumat yang dicari atau diminta oleh orang ramai. Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi perdana dalam Koridor RayaMultimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi membentuk generasi baru yangmempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat dan komunikasi.
No comments:
Post a Comment