TAJUK 5 - MEMBINA DAN MENGGUNAKAN TAPAK DAN LAMAN WEB PEMBELAJARAN DALAM PENGAJARAN BAHASA MELAYU
- Prosedur pembinaan tapak pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
- Prosedur pembinaan laman web pembelajaran bagi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu
- Membina dan menggunakan tapak pembelajaran dan laman web bahasa Melayu
- Membina dan menggunakan pakej Tutorial Pembelajaran.
Pengenalan
Zaman internet ini, penggunaan halaman web membolehkan sesiapa sahaja sama ada individu, syarikat atau organisasi untuk menyalurkan pandangan, maklumat, pembelajaran hidupan dan sebagainya yang boleh dicapai oleh sesiapa di dunia dalam masa beberapa saat sahaja.
Kepentingan membina laman web
Terdapat pelbagai kepentingan laman web perlu dibina. Antaranya ialah:
i. Memaparkan idea
• Memaparkan idea yang berguna dan mampu membantu orang lain.
ii. Meningkatkan kebolehan diri
• Dapat meningkatkan kebolehan dan kemahiran diri dalam bidang internet
iii. Komunikasi maya
• Boleh manjalankan sesi komunikasi maya dengan pengguna di seluruh dunia dan boleh mengadakan perbincangan bersama
iv. Berkongsi maklumat
• Mampu berkongsi maklumat sesama pengguna
Prosedur Pembinaan Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Tapak pembelajaran merupakan satu tempat yang menyimpan pelbagai halaman-halaman web dimana halaman tersebut boleh dicapai oleh pengguna internet. Tapak pembelajaran ini merupakan bahan pengajaran masa kini yang menggunakan komputer sepenuhnya. Tapak pembelajaran ini sering digunakan guru sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Tapak pembelajaran haruslah berpandukan kepada Rancangan pengajaran Harian.
Terdapat beberapa langkah dalam pembinaan tapak pembelajaran:
Prosedur Pembinaan Laman Web Tapak Pembelajaran Bagi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu
Tapak pembelajaran sebelum membina laman web tapak pembelajaran memerlukan perancangan. Pembinaan laman web perlu dirancang terlebih dahulu.
Bagi pembinaan laman web tapak pembelajaran P&P bahasa Melayu ini berkaitan dengan laman web pendidikan yang sememangnya membantu dalam proses P&P Bahasa Melayu. Oleh itu, terdapat beberapa prosedur yang perlu diikuti untuk pembinaan tapak pembelajaran ini.
Garis Panduan Pembinaan Tapak Pembelajaran
Menurut Ramli Kamaruddin (2001) telah menetapkan beberapa garis panduan yang perlu ada dalam sesebuah tapak pembelajaran Terdapat beberapa garis panduan yang harus terdapat dalam sesebuah tapak laman pembelajaran. Antaranya ialah :
BIL | PERKARA | HURAIAN |
1 | Reka bentuk paparan skrin | Haruslah yang menarik, mudah |
2 | Grafik | Susun atur paparan skrin: (i) Seimbang : kedudukan teks (ii) Kemas : susun letak paparan skrin dalam keadaan kemas, bersih (iii) Konsisten: teks dan grafik perlu pada setiap paparan. |
3 | Font atau muka taip |
- Ketebalan - Italic - Bergaris - Warna dan saiz fon berlainan. - Huruf berkedip : sesuai untuk tarik perhatian pembaca pada sesuatu tempat. |
Ikon | Reka bentuk yang sesuai dengan topik Pilihan warna yang sesuai pada ikon (ambilkira latar belakang) | |
Pautan hyperteks |
| |
Format gambar |
- JPEG (* .jpeg) - GIF (* .gif)
| |
Format fail gambar | Tidak digalakkan menggunakan fail gambar bersaiz lebih dari 100kb. | |
Animasi |
|
PROSEDUR MEMUAT NAIK TAPAK PEMBELAJARAN DAN LAMAN WEB KE FILE MANAGER
- Siapkan Tapak Pembelajaran. Lihat contoh susun letak dan reka bentuk Tapak Pembelajaran seperti yang disedakan. Klik File, Publish to the Web ... dan namakan fail sebagai index
- Setelah Tapak Pembelajaran siap, maka kita telah bersedia untuk memuat naik Tapak Pembelajaran ke web atau laman sesawang.Pergi ke www.tripod.com dan daftar diri untuk buka akaun dengan Tripod.
- Klik Start Now dan isi borang pendaftaran seperti yang berikut. Isikan semua butiran yang diperlukan.
- Klik butang Sign Up pada kotak Tripod Free seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.
- Isikan semua butiran yang diperlukan ke dalam borang pendaftaran.
- Setelah selesai mendaftar, anda akan dibawa ke paparan pemuka seperti yang ditunjukkan di bawah. Klik File Manager.
- Apabila anda mengelik File Manager, anda akan dibawa ke paparan yang berikutnya seperti yang ditunjukkan di bawah. Anda telah bersedia untuk memuat naik fail ke File Manager.
- Seterusnya klik pada tanda v pada kotak opsyen Upload seperti yang ditunjukkan pada paparan di atas. Setelah diklik, paparan berikut akan dapat dilihat.
- Klik pada single files (8). Setelah diklik, paparan untuk memuat naik seperti yang berikut akan dapat anda lihat.
- Anda akan dapat melihat alamat Tapak Pembelajaran anda seperti yang ditunjukkan di dalam gambar di atas. Klik pada butang Browse. Klik kotak Make lowercase* dan kotak Allow overwrite**. Baca penerangan yang ada pada paparan memuat naik tentang Make lowercase* dan Allow overwrite. Setelah butang Browse diklik, paparan berikut akan dapat dilihat.
- Klik pada index dan klik open. Paparan berikut akan dapat anda lihat. Klik butang Upload.
- Apabila Upload diklik, paparan berikut akan ditunjukkan di skrin komputer.
- Pada paparan skrin, akan ditunjukkan Upload OK, dan ditunjukkan fail yang dimuat naik File 1://index.htm. Klik Close. Apabila mengelik Close, paparan berikut akan ditunjukkan.
- Anda akan dapat melihat index.htm telah dimasukkan ke dalam File Manager. Fail index.htm ialah fail kerja yang telah anda Publish to the Web dan secara semula jadinya telah diberikan nama index. Kini anda telah bersedia untuk meletakkan Tapak Pembelajaran anda ke Laman Web. Berikut merupakan langkah yang seterusnya untuk memuat naik Laman Web Pembelajaran anda.Klik pada kotak kecil yang terletak di sebelah index.htm. Selepas itu Klik Edit. Anda akan dapat melihat paparan yang seperti yang berikut.
- Anda akan dapat melihat kotak pengaturcaraan yang menggunakan bahasa HTML (Hyper Text Markup Language). HTML merupakan bahasa pengaturcaraan program. Pada peringkat ini, kita tidak akan mendalami HTML, cuma sekadar mengetahui bahawa bahasa pengaturcaraan itulah yang membentuk sesuatu program atau kerja yang kita lakukan.
- Sila klik Save dan kemudian klik Done. Setelah selesai mengelik Done, paparan berikut akan ditunjukkan.
- Anda akan dapat melihat alamat Tapak Pembelajaran anda iaitu dalam konteks ini http://elbywahida.tripod.com/index.htm Ini merupakan alamat Tapak Pembelajaran anda. Anda juga akan dapat melihat Edit this page Fungsi ini akan kita kendalikan kemudian. Klik pada alamat Tapak Pembelajaran anda dan lihatlah hasilnya.
- Tamatlah bahagian Pertama cara untuk memuat naik Tapak Pembelajaran ke dalam web. Selepas ini kita akan belajar cara untuk merangkaikan fail dengan Tapak Pembelajaran, dan memasukkan fitur mudah seperti tarikh ke dalam Tapak Pembelajaran anda
No comments:
Post a Comment