Sunday, 29 January 2012

TAJUK 2



TAJUK 2 - MENGGUNAKAN INTERNET, ENJIN PENCARI BAHAN  DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA MELAYU


  • Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks. 
  • Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

KLIK DI SINI UNTUK NOTA




Mengumpul dan Mengkategorikan Bahan Audio, Video, Grafik dan Teks


1.BAHAN AUDIO

Bahan audio berupaya memberi sumbangan unik terhadap pengajaran dan pembelajaran seperti pembelajaran kendiri bagi murid-murid yang kurang keupayaan membaca, pembelajaran bahasa asing, bercerita untuk merangsang animasi, muzik untuk aktiviti fizikal dan sebagainya. Antaranya dengan menggunakan bunyi - bunyi haiwan ataupun nyanyian kanak-kanak. Tujuannya adalan untuk menjadikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu menjadi lebih menarik dan berkesan

CONTOH :



2.BAHAN GRAFIK

Penggunaan grafik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan suatu kaedah yang menarik dan melancarkan rancangan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Dengan menggunakan beberapa perisian grafik , guru dapat menyediakan suatu pembelajaran yang kondusif dan memberi impak yang berkesan kepada pencapaian dan tumpuan murid-muridnya didalam bilik darjah.

Contoh 1:

Penggunaan perisian power point berfungsi melicinkan proses pengajaran dan pembelajaran Perisian ini bagus digunakan bagi mengguji kemahiran lisan.



Contoh 2

Fungsi Smartart ialah untuk mengurangkan penggunaan perkataan, oleh itu ia dapat memudahkan kefahaman murid ketika membaca.


Contoh 3

Bagi menarik minat murid-murid, guru juga boleh menggunakan kemudahan Clipart atau Animation Cartoon.


























3.BAHAN TEKS

Teks merupakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang penting dalam menggabungjalinkan kemahiran lisan, kemahiran membaca dan kemahiran menulis dalam kalangan murid-murid. Justeru pemilihan teks yang menarik dan mudah perkataannya penting mengikut aras dan kemampuan kognitif mereka.


CONTOH TEKS:

BAWANG PUTIH BAWANG MERAH



               Sejak ketiadaan ayah dan ibu kandungnya,Bawang Putih tinggal bersama ibu tirinya, Mak Kundur dan adik tirinya Bawang Merah.Mereka sangat benci akan Bawang Putih.Dia sering dimarahi dan dipukul.


             Pada suatu malam,Bawang Putih bermimpi bertemu ibunya.Ibunya menyuruhnya masuk ke hutan dan mencari pohon beringin rendang.”Pergilah hiburkan hatimu dan bersabarlah,suatu hari nanti kau akan mendapat kebahagiaan.”

        Keesokan harinya,Bawang Putih segera menyiapkan kerja-kerja rumah.Setelah ibu tirinya pergi bekerja dan adik tirinya masih tidur,Bawang Putih pun masuk ke hutan.Dia mencari pohon beringin rendang itu.Setelah puas mencari,dia pun sampai ke situ.Dia terpandan sebuah buaian yang tergantun di pohon beringin.Tempat tersebut seakan-akan sebuah taman tempat puteri kayangan turun ke bumi untuk bermain-main.

             Ketika dia duduk di atas buaian itu,tiba-tiba buaian itu berayun dengan sendiri.Semakin lama semakin laju.Dia dapat melihat bunga-bunga yang mengelilingi pohon beringin itu turut bergoyang-goyang.Hatinya terasa sungguh terhibur. Tiba-tiba Bawang Putih teringatkan Mak Kundur.Ibu tirinya pasti akan memarihanya bila pulang dan mendapati dirinya tiada di rumah.Namun Bawang Putih tidak tahu bagaimana hendak memberhntikan buaian itu.Bawang putih lalu berkata kepada buaian itu,”Wahai buaian,tolonglah berhenti,akuingin pulang ke rumah.”Tiba-tiba buaian itu pun berhenti dengan sendirina.Pokok-pokok bunga juga turut berhenti bergoyang.

            Pada sutu hari Bawang Putih bermaian buaian seperti biasa.Tanpa disedarinya seorng putera raja sedang memerhatinya.Baginda tertarik melihat bagaimana buaian itu boleh berayun sendiri bila Bawang Putih menaikinya. Ketika Bawang Putih hendak pulang baginda menyuruh penirinya mengekorinya.Setelah tahu di mana Bawang Puth tinggal,baginda pergi ke rumah tersebut,Ketika itu Mak Kundur dan Bawang Merah berada di halaman rumah.”Di manakah anak makcik yang seorang lagi?”Tanya baginda.Mak Kundur menyangka baginda adalah orang kaya.”Makcik mana ada anak yang lain.Bawang Merah inilah satu-satunya anak makcik,” kata Mak Kundur.Baginda menceritakan tentang gadis yang dilihatnya bermain buain di hutan.”Bawang Merah inilah yang bermain buaian itu,”bohong Mak Kundur.Setelah beredar,Mak Kundur memaksa Bawang Putih menunjukkan tempat buaian itu.


           Mak Kundur membawa Bawang Merah bermaian buaian itu.Namun buaian itu tidak berayun dengan sendiri.Putera raja mengintainya dari sebalik pokok.Baginda menyuruh pengiringnya ke rumah Mak Kundur dan membawa Bawang Putih ke situ.Pengiringnya pun pergi tetapi mendapati Bawang Putih dikurung dan diikat.Maka dia segera membuka ikatan itu dan membawa gadis itu bertemu dengan baginda.Mak Kundur terkejut melihat kehadiran bainda dan Bawang Putih.


           Bila Bawang Putih berbuai dan menyanyi,buaian itupun berayun laju.”Makcik telah berbohong kepada beta!” kata putera raja.Ketika itu barulah Mak Kundur tahu bahawa lelaki itu adalah putera raja.”Kamu ibu yang zalim.Kamu telah menyeksa Bawan Putih!” kata baginda lagi.Mak Kundur menangis dan meminta ampun kepada baginda.Bawaqng Merah pula meraung dan menanis kerana dewngkikan Bawang Putih.Bawang Putih yan baik hati meminta utera raja mengampunkan Mak Kundur dan Bawang Merah.Baginda kagum dengan sifat kemuliaan Bawang Putih.Putera raja akhirnya mengahwini Bawang Putih.


DICERITAKAN SEMULA OLEH,
SARMILA A/P VASSU
1 CIMOS



Sumber rujukan :

http://ceritarakyatmalaysia.blogspot.com/2008/07/bawang-putih-bawang-merah.html 





KISAH KASIH IBU

Tema : Kasih sayang




          Seorang anak malu dengan ibunya. Ibunya cacat.. hanya kerana hilang sebelah mata. Tapi kasih sayang ibu tak pernah cacat. Ibunya menjaga anak itu penuh kasih dan sayang. Bapa anak itu telah lama tiada. Ibu itulah bapanya, yang menyara dan mencari nafkah.

        Bila anak itu mula bersekolah, dia malu diejek dek kerana kecacatan ibunya itu. Kadangkala dia lari dari ibunya kerana malu dilihat rakan-rakan. Dia masih kecil untuk memahami kasih ibunya. Ibunya redha.

         Kemudian anak itu belajar di Universiti, berkat doa dan usaha ibu itu. Namun perasaan anak itu kekal sama. Malu dengan ibunya sendiri. Malang sungguh ibu itu.. Anaknya meninggalkannya bila sudah berjaya. Anak itu tinggal di negara jiran bersama isteri yang dikahwini tanpa pengetahuan ibunya.


            Ibu tidak patah hati. Rajuk ibu tidak lama kerana kasih pada anaknya. Dia menjejaki anaknya. Jumpa. Di depan pintu rumah anak itu, ibu memanggil nama anaknya. Anaknya yang tahu ibunya datang, tidak mengendahkan ibunya di luar. Akhirnya ibu sedar, apalah yang hendak di tunggu lagi. Ibunya pulang. Dengan hati yang sangat hiba.



            Masa berlalu pantas.Tiada bezanya bagi si anak ini. Ibunya menanti hingga ke akhir hayatnya.Anak itu sedar akhirnya, tetapi segalanya sudah terlambat.



            Anak itu kembali ke tempat asalnya, ingin berjumpa dengan ibunya buat kali terakhir. Ibu sudah tidak boleh memeluk anak itu. Tiada lagi suara ibu.. Tiada lagi ciuman untuk anak itu seperti tahun-tahun dahulu. Yang tinggal hanya sekeping surat.

            "Anakku.. Ibu sangat sayangkanmu. Ibu sangat bangga dengan apa yang kau kecapi..kejayaanmu adalah kejayaan ibu.. Mengenangkan itu, ibu sentiasa saja tersenyum..Anakku..ibu hanya mahu kau tahu. Sebenarnya semasa kau terlalu kecil dan tidak mengerti apa-apa, kemalangan telah menimpamu. Ibu bersyukur kau selamat, namun matamu sebelah buta. Ibu kasihankan mu anakku.. Ibu hadiahkan mata ibu untukmu. Supaya kau sempurna.. Supaya kau tak perlu malu akan kekuranganmu dengan kawan-kawan yang lain.. Ibu mahu yang terbaik untukmu.. "


Sumber rujukan :






4.BAHAN VIDEO


Pengenalan

Penggunaan video dalam pengajaran dan pembelajaran memberikan banyak manfaat, antaranya seperti berikut:


  1. Memberi khidmat bantu untuk memajukan proses pengajaran dan pembelajaran 
  2. Menunjukkan contoh dan pengajran yang baik. 
  3. Menolong memperkembangkan dan memperluaskan pengalaman dan pengetahuan murid- murid 
  4. Sebagai media bagi menyampaikan segala maklumat ilmu pengetahuan secara menyeluruh dan berkesan 
  5. Menghidupkan daya imaginasi dan menarik minat pelajar melalui visual, suara, dialog, muzik dan kesan bunyi 
  6. Boleh menyampaikan perkara- perkara yang sukar hendak disampaikan oleh guru di dalam bilik darjah. 
  7. Membantu dalam latihan praperkhidmatan dan dalam perkhidmatan 
  8. Membantu guru- guru dalam matapelajaran seperti sains, matematik, perdagangan dan lain- lain di luar bandar.


Oleh itu, Video merupakan antara bahan bantu mengajar yang paling berkesan untuk menarik minat serta tumpuan murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran sedang berlangsung di dalam bilik darjah.Kegunaan video ialah menjadi set induksi sebagai pengenalan kepada tajuk pembelajaran atau bahan rangsangan untuk percambahan idea ketika mengarang karangan ataupun bahan bacaan elektronik yang dapat menggantikan buku teks dan lembaran-lembaran kerja.



KEBAIKAN VIDE0

1. Masalah penyesuaian jadual waktu boleh diatasi dengan rakaman video ini.
2. Senang dikendalikan.
3. Merangsang deria penglihatan dan deria pendengaran.
4. Pengukuhkan pembelajaran melalui 'gerak' perlahan dan pegun.
5. Visual bergerak.
6. Pengalaman luar dapat dibawa masuk ke dalam bilik darjah.
7. Boleh dibuat suntingan.
8. Dapat disalur kepada beberapa komputer.

Sumber rujukan:


http://ge2123.tripod.com/Saraswati/nota_kuliah_2.htm 






CONTOH-CONTOH VIDEO




1) Kasih sayang









2) Makanan sihat






3) Berhati-hati di jalan raya







4) Sungai








5) Mari bersenam












MENGUMPUL BAHAN DARIPADA INTERNET KE DALAM FOLDER BERDASARKAN KEMAHIRAN BAHASA 




1) KEMAHIRAN LISAN 


      a) BERTUTUR


           TAJUK : BERSIHKAN DIRI



Langkah 1:

Guru menayangkan video “ Gosok Gigi “ dan mempamerkan gambar-gambar gigi yang  rosak dan juga gigi yang sihat. Guru bersoal jawab dengan murid-murid tentang isi video tersebut dan juga pendapat mereka berkaitan gambar-gambar gigi tersebut.






GIGI ROSAK





GIGI SIHAT 









Langkah 2:

Guru menjemput seorang murid yang mempunyai gigi yang sigat dan bersih ke hadapan kelas dan berbual tentang kebersihan diri.



Langkah 3:


Guru membuat aktiviti 'kotak beracun' di mana apabila muzik dijalankan kotak tersebut akan diberi-berikan kepada murid. Apabila muzik diberhentikan kotak tersebut juga berhenti. Pelajar yang memengang kotak tersebut dikehendaki menjawab soalan yang berada di dalam kotak tersebut. 




Langkah 4:

Guru memberikan penjelasan beberapa kepentingan menjaga kebersihan gigi kepada murid-murid dan menerapkan nilai-nilai kebersihan yang perlu wujud dalam diri murid-murid. Guru juga membincangkan jawapan-jawapan yang diberikan oleh murid secara lebih terperinci.


Langkah 5:

Guru membuat kesimpulan segala topik yang dibincangkan dan menyanyikan lagu 'bangun pagi' secara beramai ramai. Teks nyanyian :


Bangun pagi
Gosok gigi
Gigi putih berseri

Saya suka gigi putih 
Bila senyum 
Cantik sekali




        b) KEMAHIRAN MENDENGAR

         TAJUK : KELUARGA SAYA


Langkah 1 :

Guru menayangkan video yang mempunyai lirik lagu saya sayang keluarga. Murid mendengar dengan teliti lagu yang dimainkan. Guru meminta murid menyebut perkataan berkaitan dengan ahli keluarga yang terdapat dalam lirik lagu. Contoh: ibu, bapa, kakak, abang adik, datuk dan nenek. selepas itu, guru meminta murid menyanyi lagu tersebut secara kumpulan dan kelas dengan sebutan yang betul.








Langkah 2 : 



Guru mempamerkan kad suku kata dan meminta mengeja dan menyebut suku kata tersebut. Murid diminta memadankan suku kata tersebut menjadi perkataan bermakna dan memadankannya dengan kad perkataan yang disediakan.  


Langkah 3 :

Guru meminta murid menampal, menyebut dan mengeja perkataan berdasarkan gambar dengan sebutan yang betul. 


Langkah 4 :



Guru mempamerkan gambar yang berkaitan dengan ahli keluarga seperti ibu, bapa, kakak, abang ,adik, datuk dan nenek. Guru membimbing murid mengeja dan membaca serta memahami perkataan tersebut. Guru meminta murid membaca secara individu perkataan-perkataan tesebut.





Langkah 5 : 

Guru sekali lagi menayangkan video yang lain berkaitan dengan kasih sayang. Murid-murid diminta untuk mendengar dan bernyanyi bersama-sama. 










2) KEMAHIRAN MEMBACA


      TAJUK : SAYUR-SAYURAN 


Langkah 1 : 

Guru menunjukkan hasil pertanian dan kuih kepada murid-murid seperti kerepek ubi kayu dan kerepek pisang dan bingka ubi kayu. Guru bersoal jawab berdasarkan bahan-bahan yang ditunjukkan. Murid diminta merasa salah satu daripada bahan yang dibawa.


Contoh gambar bahan yang dibawa :
   
                           
                     Kerepek ubi kayu                        Kerepek pisang 




Langkah 2 : 

Guru menunjukkan gambar dan murid menamakan gambar  tersebut. Guru menunjukkan kad suku kata terbuka. Guru membimbing murid mencantumkan sukukata-sukuka menjadi perkataan yang bermakna.



 

                                          CILI                                    SAWI



                                                LABU                            TOMATO




PETOLA



Langkah 3 :

Murid diminta mengeja dan menyebut perkataan daripada suku kata yang telah dicantumkan.   Murid membaca perkataan berdasarkan gambar yang ditunjukkan secara individu, kumpulan dan kelas.


Langkah 4:

Murid melengkapkan suku kata berdasarkan gambar dengan  betul dan tulisan yang kemas.  


Langkah 5 :

Nyanyian. Guru membimbing murid membaca seni kata lagu pada carta lagu. Guru dan murid-murid menyanyi bersama-sama.


KEBUN BAPA SAYA

Bapa saya ada kebun 

a, e, i, o, u

Di kebunya banyak sayur

a, e, i, o, u

sawi, cili, labu

tomato, petola




3) KEMAHIRAN MENULIS

    TAJUK : MAKANAN BERZAT

Langkah 1 : 

Murid mencantumkan kepingan puzzle makanan berkhasiat secara kumpulan, selepas itu guru  bersoal jawab berdasarkan gambar puzzle tersebut.




Langkah 2:

Murid klik gambar pada skrin dan murid mengeja dan membaca perkataan yang terdapat pada skrin secara latih tubi. Selepas itu, murid membanding beza makanan yang berkhasiat dan tidak berkhasiat.


Langkah 3 :

Beberapa orang murid diminta menulis perkataan berdasarkan gambar yang ditampal di papan kapur ( Guru memantau cara murid menulis ). Selepas itumurid membaca perkataan secara individu, kumpulan dan kelas.


Langkah 4 :

Murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan (4 orang sekumpulan). Setiap kumpulan dikehendaki menulis nama makanan berzat dengan cara yang betul. (Guru meminta murid-murid membuat apresiasi dan kritikan terhadap hasil kerja rakan). 


Langkah 5:

Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid-murid,  dan murid diminta menulis semula perkataan dengan cara yang betul dan tulisan yang kemas.



Langkah 6:

Guru menayangkan sebuah video berkaitan dengan makanan berzat kepada murid-murid  dan seterusnya guru membuat kesimpulan tentang pembelajaran tersebut. 





rujukan : http://assaff14.blogspot.com/p/topik-2.html
             






No comments:

Post a Comment